Saturday, March 20, 2010

Layanan Pekerja Tidak Memuaskan.


Ada la satu hari,ketika sudah selesai membeli barangan yang diperlukan di salah satu ‘hypermarket’ berdekatan dengan tempat tinggal saya,bau yang datang dari KFC mengganggu perut.Yang kenyang pun boleh jadi lapar.Hahah.Teringin punya pasal.Oleh sebab itu,saya pun bercadang untuk membeli makanan di situ.Apa yang saya pesan tidak berapa banyak.Hanya 3 set makanan.

Namun begitu,saya hanya dapat 2 set sahaja,walaupun saya sudah bayar untuk 3 set.Nampak sangatlah pekerja disitu tak ambil perhatian tentang kehendak pelanggan.Sambil buat kerja,sambil menyembang.Bak kata pepatah,sambil menyelam,minum air.Apabila dah kena marah dengan orang atasan,lepas geram pula pada pelanggan.Sepatutnya,pekerja begini perlu dipecat sahaja.Jika mahu lebih ramai orang yang datang ke situ,pekerja perlulah lemparkan senyuman kepada pelanggan.Bukannya masam muka sepanjang hari.

No comments:

Post a Comment

Oh, Si Kacak! Oh, Si Cantik!